Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

WUJUDKAN PERSAMAAN DAN PERSEFAHAMAN DALAM AGENDA PERJUANGAN




Lajim bersama sebahagian ahli Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang turut hadir pada majlis itu.




Kota Kinabalu,6 Jun: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mahu parti politik khususnya di Sabah mewujudkan sikap persamaan dan persefahaman dalam agenda perjuangan di negeri ini selain tidak mempunyai sifat monopoli.
  Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, perjuangan pihaknya menerusi Gabungan Sabah (GS) sentiasa inginkan keadilan dan kesaksamaan dalam memperjuangkan hak rakyat negeri ini seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  “Sudah pasti kita mahu keadilan dan wujudkan Terma Rujukan (TOR) bagi membentuk kerjasama yang baik sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) atau selepas PRU.
  “Masing-masing mengaku kuat, masing-masing buat siri jelajah dan sudah pasti, kita juga ada buat perkara sama,”katanya.
  Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Parti Warisan Sabah yang menyatakan parti itu mendapat sokongan kuat daripada rakyat selepas menghadiri Upacara Memperingati Ulangtahun ke-41 Tragedi Double Six di Tugu Peringatan Double Six di Sembulan disini hari ini.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, subjek penerimaan rakyat terhadap perjuangan GS dan matlamat asal adalah melaungkan 'Sabah for Sabahan'  yang mana perkara yang sama turut dilaungkan mereka (Parti Warisan Sabah).
  “Tapi sebelum ini apakah laungan mereka dan subjeknya adalah bagaimana penerimaan rakyat kepada perjuangan itu," katanya.
  Menurutnya, kerajaan yang ada kini akan sentiasa mempertahankan polisi mereka dan perkara itu menjadi cabaran kepada GS
  Tambahnya, parti komponen GS akan terus berjuang bagi menegakkan keadilan kepada rakyat Sabah, memenuhi tuntutan akar umbi dalam apa juga subjek dalam MA63 dan juga perkara yang dipersetujui oleh pemimpin terdahulu.
  "Kita memperjuangkan keadilan sejagat, sebagai rakyat Malaysia, kita di Sabah juga perlu ada keadilan yang sama seperti negeri lain di negara ini.
  "Saya percaya ini akan menjadi kenyataan apabila rakyat mengetahui perjuangan kita, saya ingin menyatakan di sini bahawa ramai dalam kalangan pemimpin lama dan kalangan pesara kerajaan bersama kita dalam perjuangan ini," katanya.
  Katanya, meskipun tidak memegang apa-apa jawatan dalam GS atau di mana-mana parti komponen GS, mereka akan berjuang bersama gabungan bagi menegakkan keadilan.

  

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "WUJUDKAN PERSAMAAN DAN PERSEFAHAMAN DALAM AGENDA PERJUANGAN "